Monday, March 26, 2007
BANJIR DI BATU TIGA - PEMIMPIN SHAH ALAM TURUN PADANG
Hujan lebat yang berterusan sejak jam 10.00 malam menyebabkan banjir kita di Kampung Kebun Bunga Batu Tiga


Sukarelawan Wanita Shah Alam bersama kakitangan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bertungkus lumus menyediakan agihan bantuan yang akan disampaikan kepada mangsa banjir

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil mendapatkan laporan awal daripada Dato' Salamon Selamat tentang operasi pemindahan mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Kebung Bunga


BATU TIGA, SHAH ALAM, 21 Mac 2007 – Hujan lebat yang berterusan bermula jam 10 malam hingga ke awal pagi menyebabkan 161 keluarga dari Kampong Kebung Bunga Batu Tiga terpaksa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai kampong berkenaan.

Banjir tersebut menyebabkan jalan raya utama di hadapan kilang gula CSR di Batu Tiga turut ditutup kepada lalulintas sejak awal pagi kerana dinaiki air dan hanya dibuka semula kira-kira jam 9 pagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Batu Tiga Dato’ Salamon Selamat, Kampung Kebun Bunga yang terletak berhampiran Sungai Damansara adalah kawasan yang paling teruk dinaiki air hingga ke paras pinggang.

Katanya UMNO Bahagian Shah Alam telah menggerakan jentera bantuan banjir dan bencana secepat mungkin bagi membantu mangsa banjir tersebut.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam bekata, melalui kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negera (YKN) dan bantuan pelbagai lagi agensi lain termasuk beberapa syarikat yang prihatin dengan masalah dihadapi mangsa banjir berbagai bantuan termasuk makanan selain wang tunai disumbangkan kepada setiap keluarga terbabit.

Majlis penyampaian bantuan tersebut disampaikan oleh Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut beliau, melalui YKN, setiap keluarga diberikan wang tunai RM200 selain bekalan makanan asas seperti beras dan biskut.

“Jumlah keluarga yang terbabit ialah 161 membabitkan 672 mangsa. Keseluruhan wang tunai diserahkan kepada mangsa pula ialah RM32,200,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ADUN Kota Anggerik Dato’ Ahmad Nawawi Dato’ M. Zin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ramlan Osman dan beberapa pemimpin masyarakat setempat.
posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 9:06 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 


Artikel Sebelum
Arkib
Ketua UMNO Bahagian

YB. Dato' Salamon Bin Selamat
Ketua UMNO
Bahagian Shah Alam


Get your own calendar

Pautan Bahagian
Hubungi Sekretariat

Pejabat Sekretariat Dan Pentadbiran
UMNO Bahagian Shah Alam
Aras 10, Menara UBSA
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
Persiaran Damai, Seksyen 11
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5519 4125
03 - 5519 9720
5519 9721
Fax : 03-5519 9720

  • EMAIL SEKRETARIAT
    Di Lawati Sejak Jan 2007
      free web counter
      .
    E-UMNOSMS
    Semak Daftar Pemilih
    E-UMNOSMS
    K 10
    MBONLINE
    Akhbar Hari Ini
    Kerajaan Tempatan

    Badan Berkanun Negeri
    Agensi Kerajaan Negeri
    Pejabat Daerah & Tanah
    Pautan
    Template by
    Free Blogger Templates