Saturday, March 10, 2007
INTEGRASI NASIONAL RESEPI KEJAYAAN BARISAN NASIONAL
Dato' Salamon Selamat ketika berucap di Konvensyen Penerangan Barisan Nasional Shah Alam


Dato Salamon Selamat, Tan Sri Muhd Taib, Dato Ahmad Nawawi dan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional ketika menyanyikan lagu Barisan Nasional

Dato Salamon Selamat bersedia menjadi pendengar dan pencatit yang baik ketika sesi pembentangan kertas kerja

Sebahagian daripada peserta ketika pendaftaran di awal pagi

SHAH ALAM 10 Mac 2007 – Integrasi Nasional yang diasaskan melalui ‘kontrak sosial’ antara kaum di negara ini terus kekal menjadi paksi kepada kekuatan Barisan Nasional hingga mampu memerintah negara ini hingga kini.

Melalui kontrak social tersebut setiap kaum mempunyai hak yang dilindungi dalam perlembagaan Negara menjadikan Malaysia terus kekal harmoni dan stabil meskipun didukungi oleh berbagai kaum, etnik dan agama.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Dato’ Salamon Selamat menegaskan bahawa inilah resepi yang dicipta oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak dari Perikatan hingga kini sehingga mampu membawa Negara ini kekal harmoni lebih lima puloh tahun.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Penerangan Barisan Nasional Shah Alam di sini yang dihadiri lebih 500 peggerak dan petugas jentera BN dari semua parti komponen BN di Shah Alam.

Menurutnya lagi, perpaduan kaum amat penting bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi sesebuah Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Malah, Malaysia telah diperakui diperingkat antarabangsa sebagai sebuah Negara yang aman dan harmoni hinggakan fomula yang diguna pakai oleh BN ingin dicontohi oleh banyak Negara di dunia ini.

“Meskipun kontrak sosial itu dirangka lebih lima puloh tahun lalu ianya masih relevan hingga kini dan akan terus kekal sebagai ikatan perpaduan antara kaum di Negara ini”

“Oleh itu BN Shah Alam akan terus menerapkan roh integrasi nasional yang menitik beratkan sikap tolak ansur, hormat menghormati antara kaum dan agama serta mempertahan dan menghormati hak masing-masing dalam sebuah Negara demokrasi” jelasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional Shah Alam.

Menyentuh tentang persiapan pilihanraya umum akan datang, beliau menegaskan bahawa BN Shah Alam sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan Parlimen Shah Alam dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ada.

Katanya, konvensyen Penerangan Barisan Nasional yang di adakan hari ini bertujuan untuk memantap dan menggerakan seluruh jentera BN bagi menjelas dan membersih apa sahaja isu semasa yang timbul di kalangan pengundi.

“Tidak dinafikan ada pihak yang cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat samada isu nasional mahupun isu setempat”

“Penggerak yang lahir dari konvensyen ini nanti akan menjadi barisan hadapan untuk menjelaskan dan mengurus segala isu yang berbangkit kepada pengundi” tegasnya yang juga ADUN Batu Tiga

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan turut hadir Dato Ahmad Nawawi Dato Md Zin, ADUN Kota Anggerik.

posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 2:50 PM  


Artikel Sebelum
Arkib
Ketua UMNO Bahagian

YB. Dato' Salamon Bin Selamat
Ketua UMNO
Bahagian Shah Alam


Get your own calendar

Pautan Bahagian
Hubungi Sekretariat

Pejabat Sekretariat Dan Pentadbiran
UMNO Bahagian Shah Alam
Aras 10, Menara UBSA
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
Persiaran Damai, Seksyen 11
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5519 4125
03 - 5519 9720
5519 9721
Fax : 03-5519 9720

  • EMAIL SEKRETARIAT
    Di Lawati Sejak Jan 2007
      free web counter
      .
    E-UMNOSMS
    Semak Daftar Pemilih
    E-UMNOSMS
    K 10
    MBONLINE
    Akhbar Hari Ini
    Kerajaan Tempatan

    Badan Berkanun Negeri
    Agensi Kerajaan Negeri
    Pejabat Daerah & Tanah
    Pautan
    Template by
    Free Blogger Templates