Dato' Salamon Selamat ketika berucap di Konvensyen Penerangan Barisan Nasional Shah Alam
Dato Salamon Selamat, Tan Sri Muhd Taib, Dato Ahmad Nawawi dan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional ketika menyanyikan lagu Barisan Nasional Dato Salamon Selamat bersedia menjadi pendengar dan pencatit yang baik ketika sesi pembentangan kertas kerja Sebahagian daripada peserta ketika pendaftaran di awal pagi SHAH ALAM 10 Mac 2007 – Integrasi Nasional yang diasaskan melalui ‘kontrak sosial’ antara kaum di negara ini terus kekal menjadi paksi kepada kekuatan Barisan Nasional hingga mampu memerintah negara ini hingga kini.
Melalui kontrak social tersebut setiap kaum mempunyai hak yang dilindungi dalam perlembagaan Negara menjadikan Malaysia terus kekal harmoni dan stabil meskipun didukungi oleh berbagai kaum, etnik dan agama.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Dato’ Salamon Selamat menegaskan bahawa inilah resepi yang dicipta oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak dari Perikatan hingga kini sehingga mampu membawa Negara ini kekal harmoni lebih lima puloh tahun.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Penerangan Barisan Nasional Shah Alam di sini yang dihadiri lebih 500 peggerak dan petugas jentera BN dari semua parti komponen BN di Shah Alam.
Menurutnya lagi, perpaduan kaum amat penting bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi sesebuah Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Malah, Malaysia telah diperakui diperingkat antarabangsa sebagai sebuah Negara yang aman dan harmoni hinggakan fomula yang diguna pakai oleh BN ingin dicontohi oleh banyak Negara di dunia ini.
“Meskipun kontrak sosial itu dirangka lebih lima puloh tahun lalu ianya masih relevan hingga kini dan akan terus kekal sebagai ikatan perpaduan antara kaum di Negara ini”
“Oleh itu BN Shah Alam akan terus menerapkan roh integrasi nasional yang menitik beratkan sikap tolak ansur, hormat menghormati antara kaum dan agama serta mempertahan dan menghormati hak masing-masing dalam sebuah Negara demokrasi” jelasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional Shah Alam.
Menyentuh tentang persiapan pilihanraya umum akan datang, beliau menegaskan bahawa BN Shah Alam sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan Parlimen Shah Alam dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ada.
Katanya, konvensyen Penerangan Barisan Nasional yang di adakan hari ini bertujuan untuk memantap dan menggerakan seluruh jentera BN bagi menjelas dan membersih apa sahaja isu semasa yang timbul di kalangan pengundi.
“Tidak dinafikan ada pihak yang cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat samada isu nasional mahupun isu setempat”
“Penggerak yang lahir dari konvensyen ini nanti akan menjadi barisan hadapan untuk menjelaskan dan mengurus segala isu yang berbangkit kepada pengundi” tegasnya yang juga ADUN Batu Tiga
Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan turut hadir Dato Ahmad Nawawi Dato Md Zin, ADUN Kota Anggerik. |