Monday, March 26, 2007
UMNO SHAH ALAM TUBUH CAWANGAN KE 85
Dato' Salamon Selamat bersama Dato' Ahmad Nawawi (kiri) di majlis persidangan penubuhan Cawangan Prima Gemilang Seksyen 20


Sebahagian daripada ahli cawangan Prima Gemilang Seksyen 20 yang hadir di majlis tersebut

Dato Salamon Selamat ketika berucap di majlis perasmian yang turut dihadiri oleh ramai barisan pimpinan UMNO Shah Alam

SEKSYEN 20 SHAH ALAM 24 Mac 2007 – UMNO Bahagian Shah Alam telah menambah satu lagi cawangan menjadikan yang ke 85 setakat ini. Penubuhan Cawangan Prima Gemilang di Seksyen 20 yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Dato’ Salamon Selamat hari ini membayangkan hasrat UMNO Bahagian Shah Alam untuk memperkukuhkan lagi UMNO di Shah Alam.

Menurut beliau, UMNO Shah Alam sedar bahawa hanya melalui UMNO sahaja kedudukan orang Melayu akan terus terbela dan dipertahankan. Sebab itu UMNO Shah Alam mengambil pendekatan bahawa penubuhan cawangan UMNO akan membolehkan orang Melayu terus bernaung dan bersatu dalam membela nasib Melayu bandar seperti di Shah Alam.

Katanya, UMNO Shah Alam tidak bersikap menahan atau menghalang mana-mana kelompok orang Melayu yang ingin sama-sama berjuang melalui UMNO Shah Alam untuk menubuh cawangan baru di Shah Alam.

“Sebagai contoh di Seksyen 20 sahaja cawangan Prima Gemilang merupakan cawangan UMNO yang ke empat selain Cawangan Shah Alam Barat, Cawangan Perdana Bestari dan Cawangan Pangsapuri PKNS Seksyen 20”

“Malah ada dua cawangan lagi akan ditubuhkan di Seksyen 20 bagi memberi peluang lebih ramai orang Melayu bergerak aktif dalam UMNO” katanya yang juga ADUN Batu Tiga
posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 10:26 AM   0 comments
BANJIR DI BATU TIGA - PEMIMPIN SHAH ALAM TURUN PADANG
Hujan lebat yang berterusan sejak jam 10.00 malam menyebabkan banjir kita di Kampung Kebun Bunga Batu Tiga


Sukarelawan Wanita Shah Alam bersama kakitangan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bertungkus lumus menyediakan agihan bantuan yang akan disampaikan kepada mangsa banjir

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil mendapatkan laporan awal daripada Dato' Salamon Selamat tentang operasi pemindahan mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Kebung Bunga


BATU TIGA, SHAH ALAM, 21 Mac 2007 – Hujan lebat yang berterusan bermula jam 10 malam hingga ke awal pagi menyebabkan 161 keluarga dari Kampong Kebung Bunga Batu Tiga terpaksa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai kampong berkenaan.

Banjir tersebut menyebabkan jalan raya utama di hadapan kilang gula CSR di Batu Tiga turut ditutup kepada lalulintas sejak awal pagi kerana dinaiki air dan hanya dibuka semula kira-kira jam 9 pagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Batu Tiga Dato’ Salamon Selamat, Kampung Kebun Bunga yang terletak berhampiran Sungai Damansara adalah kawasan yang paling teruk dinaiki air hingga ke paras pinggang.

Katanya UMNO Bahagian Shah Alam telah menggerakan jentera bantuan banjir dan bencana secepat mungkin bagi membantu mangsa banjir tersebut.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam bekata, melalui kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negera (YKN) dan bantuan pelbagai lagi agensi lain termasuk beberapa syarikat yang prihatin dengan masalah dihadapi mangsa banjir berbagai bantuan termasuk makanan selain wang tunai disumbangkan kepada setiap keluarga terbabit.

Majlis penyampaian bantuan tersebut disampaikan oleh Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut beliau, melalui YKN, setiap keluarga diberikan wang tunai RM200 selain bekalan makanan asas seperti beras dan biskut.

“Jumlah keluarga yang terbabit ialah 161 membabitkan 672 mangsa. Keseluruhan wang tunai diserahkan kepada mangsa pula ialah RM32,200,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ADUN Kota Anggerik Dato’ Ahmad Nawawi Dato’ M. Zin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ramlan Osman dan beberapa pemimpin masyarakat setempat.
posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 9:06 AM   0 comments
Tuesday, March 20, 2007
PENYERTAAN RAKYAT PENENTU KEJAYAAN RMK9
Ketibaan Dato' Sri Mohd Effendi disambut oleh Dato Salamon dan barisan jawatankuasa UMNO Bahagian Shah Alam setibanya di Auditorium MBSA bagi merasmikan Forum RMK9 anjuran Biro Ekonomi UMNO Bahagian Shah Alam


Sebahagian daripada peserta yang hadir termasuk dari institusi pengajian tinggi sekitar Shah Alam

Dato Salamon ketika berucap di majlis tersebut menyeru ahli-ahli UMNO terutama di Shah Alam agar turut serta dalam pembangunan RMK9 agar tidak ketinggalan dari gelombang RMK9 yang menjadi misi nasional negara

Dato Salamon bergambar dengan ahli panel yang mengambil bahagian membentang kertas kerja masing-masing di majlis tersebut


SHAH ALAM 17 Mac 2007 – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Dato’ Salamon Selamat berkata kayu pengukur kejayaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bukan sahaja terletak kepada kerajaan sebagai pelaksana tetapi penyertaan rakyat diperingkat akar umbi juga menjadi penentu sejauh mana berjayanya RMK9.

Katanya, rakyat bukan sahaja dituntut menerima segala perancangan RMK9 tetapi juga mestilah turut serta dalam arus perdana RMK9 dengan memahami konsep dan perlaksanaan dan menyesuaikan diri untuk turut serta agar tidak ketinggalan dan tersisih dari arus pembangunan.

“RMK 9 yang dilancarkan oleh kerajaan dengan pengembelingan seluruh jentera kerajaan di semua peringkat merupakan misi nasional dalam jangka masa lima belas tahun.”

“Kejayaan Misi Nasional kearah melahir bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan bergantong kepada sejauh mana kejayaan RMK9.”

“Oleh itu rakyat, ahli UMNO dan bangsa Melayu mesti mengambil bahagian secara aktif dan proaktif untuk turut sama bagi menentukan kejayaan RMK9” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Forum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) anjuran Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO Bahagian Shah Alam di Auditorium MBSA di sini.

Di majlis tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Effendi Norwawi telah hadir sebagai tetamu dan menyampaikan ucaptama dengan menjelaskan matlamat dan misi kerajaan dalam melaksanakan RMK9

Seramai 500 ahli UMNO Bahagian Shah Alam hadir di majlis tersebut dengan majlis forum sebelah tengahari mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tiga pembentang kertas kerja yang terdiri dari wakil Bank Negara, Kerajaan negeri dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Negeri Selangor telah menarik perhatian ramai.
posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 12:21 PM   0 comments
Saturday, March 10, 2007
INTEGRASI NASIONAL RESEPI KEJAYAAN BARISAN NASIONAL
Dato' Salamon Selamat ketika berucap di Konvensyen Penerangan Barisan Nasional Shah Alam


Dato Salamon Selamat, Tan Sri Muhd Taib, Dato Ahmad Nawawi dan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional ketika menyanyikan lagu Barisan Nasional

Dato Salamon Selamat bersedia menjadi pendengar dan pencatit yang baik ketika sesi pembentangan kertas kerja

Sebahagian daripada peserta ketika pendaftaran di awal pagi

SHAH ALAM 10 Mac 2007 – Integrasi Nasional yang diasaskan melalui ‘kontrak sosial’ antara kaum di negara ini terus kekal menjadi paksi kepada kekuatan Barisan Nasional hingga mampu memerintah negara ini hingga kini.

Melalui kontrak social tersebut setiap kaum mempunyai hak yang dilindungi dalam perlembagaan Negara menjadikan Malaysia terus kekal harmoni dan stabil meskipun didukungi oleh berbagai kaum, etnik dan agama.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Dato’ Salamon Selamat menegaskan bahawa inilah resepi yang dicipta oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak dari Perikatan hingga kini sehingga mampu membawa Negara ini kekal harmoni lebih lima puloh tahun.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Penerangan Barisan Nasional Shah Alam di sini yang dihadiri lebih 500 peggerak dan petugas jentera BN dari semua parti komponen BN di Shah Alam.

Menurutnya lagi, perpaduan kaum amat penting bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi sesebuah Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Malah, Malaysia telah diperakui diperingkat antarabangsa sebagai sebuah Negara yang aman dan harmoni hinggakan fomula yang diguna pakai oleh BN ingin dicontohi oleh banyak Negara di dunia ini.

“Meskipun kontrak sosial itu dirangka lebih lima puloh tahun lalu ianya masih relevan hingga kini dan akan terus kekal sebagai ikatan perpaduan antara kaum di Negara ini”

“Oleh itu BN Shah Alam akan terus menerapkan roh integrasi nasional yang menitik beratkan sikap tolak ansur, hormat menghormati antara kaum dan agama serta mempertahan dan menghormati hak masing-masing dalam sebuah Negara demokrasi” jelasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional Shah Alam.

Menyentuh tentang persiapan pilihanraya umum akan datang, beliau menegaskan bahawa BN Shah Alam sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan Parlimen Shah Alam dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ada.

Katanya, konvensyen Penerangan Barisan Nasional yang di adakan hari ini bertujuan untuk memantap dan menggerakan seluruh jentera BN bagi menjelas dan membersih apa sahaja isu semasa yang timbul di kalangan pengundi.

“Tidak dinafikan ada pihak yang cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat samada isu nasional mahupun isu setempat”

“Penggerak yang lahir dari konvensyen ini nanti akan menjadi barisan hadapan untuk menjelaskan dan mengurus segala isu yang berbangkit kepada pengundi” tegasnya yang juga ADUN Batu Tiga

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan turut hadir Dato Ahmad Nawawi Dato Md Zin, ADUN Kota Anggerik.

posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 2:50 PM  
Monday, March 5, 2007
UMNO SHAH ALAM ANJUR KONVENSYEN BARISAN NASIONAL
YB. Dato' Salamon Selamat, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam


SHAH ALAM 2 Mac – UMNO Bahagian Shah Alam akan menganjurkan Konvensyen Penerangan Barisan Nasional sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Konvensyen pada 10 Mac ini bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, bakal disertai 700 orang ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Konvensyen yang bertujuan mengenal pasti kekuatan jentera parti,mendedahkan cabaran-cabaran yang bakal mempengaruhi pilihanraya selain membongkar pemikiran dan persepsi pengundi khususnya pengundi atas pagar.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Salamon Selamat berkata, konvensyen yang bertemakan `Pilihan raya Umum Ke-12: Mendepani Cabaran, Mencipta Kegemilangan’ itu turut melibatkan pembentangan kertas kerja oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib serta Prof. K. Ramanathan (USM) dan Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (UKM).

Katanya, bila berhadapan dengan pilihanraya kita bekerja atas nama Barisan Nasional. Oleh itu sudah sampai masanya kita mencari satu pendekatan bersama dalam menangani berbagai isu ketika pilihanraya.

“Konvensyen BN Shah Alam ini akan mengenalpasti berbagai isu bersama agar bila kita berdepan dengan pengundi setiap anggota BN akan memberi penjelasan dengan nada dan suara yang sama.

“Ianya juga diharap akan dapat memberi peluang kepada ahli-ahli parti komponen BN khususnya di Bahagian Shah Alam untuk berkongsi maklumat serta pendapat bagi mencapai matlamat tersebut" katanya yang juga ADUN Batu Tiga.

Katanya lagi, konvensyen ini akan disusuli dengan satu resolusi yang akan menjadi asas kepada tindakan serta gerak kerja jentera BN Shah Alam dalam pilihan raya nanti.

posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 1:26 AM  


Artikel Sebelum
Arkib
Ketua UMNO Bahagian

YB. Dato' Salamon Bin Selamat
Ketua UMNO
Bahagian Shah Alam


Get your own calendar

Pautan Bahagian
Hubungi Sekretariat

Pejabat Sekretariat Dan Pentadbiran
UMNO Bahagian Shah Alam
Aras 10, Menara UBSA
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
Persiaran Damai, Seksyen 11
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5519 4125
03 - 5519 9720
5519 9721
Fax : 03-5519 9720

  • EMAIL SEKRETARIAT
    Di Lawati Sejak Jan 2007
      free web counter
      .
    E-UMNOSMS
    Semak Daftar Pemilih
    E-UMNOSMS
    K 10
    MBONLINE
    Akhbar Hari Ini
    Kerajaan Tempatan

    Badan Berkanun Negeri
    Agensi Kerajaan Negeri
    Pejabat Daerah & Tanah
    Pautan
    Template by
    Free Blogger Templates