Monday, February 26, 2007
SELANGOR AKAN MILIKI PUSAT PAMERAN DAN PERDAGANGAN KOMERSIAL
YB. Dato' Salamon Selamat (kanan) ADUN Batu Tiga yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam


SHAH ALAM, Jumaat 23 Feb.--Selangor bakal memiliki sebuah pusat pameran dan perdagangannya komersilnya sendiri dalam tempoh dua tahun lagi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Datuk Salamon Selamat.

Menurut beliau, kompleks yang sedang dalam pembinaan di seksyen 14 di sini itu dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2008.

“Dengan adanya pusat pameran dan perdagangan itu akan menjana perkembangan Shah Alam sebagai sebuah kawasan perdagangan dan pentadbiran di negeri itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kos pembinaan tersebut yang dilaksanakan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu.

“Shah Alam merupakan pusat tumpuan dalam semua aktiviti membabitkan perniagaan, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya.

“Malah dengan pembinaan pusat pameran dan perdagangan ini, ia bakal menjadikan Shah Alam lebih berkembang selaras dengan statusnya sebagai sebuah bandar raya,” katanya ketika berucap merasmikan Expo Perbankan, Kewangan dan Pelaburan (Bafie) 2007 di sini, hari ini.

Expo tiga hari bermula hari ini itu diadakan bagi memberi pendedahan dan peluang kepada orang ramai mengenai produk-produk kewangan membabitkan pelaburan, unit amanah, insurans serta pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman perumahan dan perniagaan.

Malah, expo yang diadakan setiap tahun dan disertai oleh pelbagai bank dan syarikat kewangan itu mampu memainkan peranan sebagai hab promosi terhadap produk dan perkhidmatan perbankan Islam selain menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan rakyat
posted by UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM @ 12:52 AM   0 comments


Artikel Sebelum
Arkib
Ketua UMNO Bahagian

YB. Dato' Salamon Bin Selamat
Ketua UMNO
Bahagian Shah Alam


Get your own calendar

Pautan Bahagian
Hubungi Sekretariat

Pejabat Sekretariat Dan Pentadbiran
UMNO Bahagian Shah Alam
Aras 10, Menara UBSA
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
Persiaran Damai, Seksyen 11
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5519 4125
03 - 5519 9720
5519 9721
Fax : 03-5519 9720

  • EMAIL SEKRETARIAT
    Di Lawati Sejak Jan 2007
      free web counter
      .
    E-UMNOSMS
    Semak Daftar Pemilih
    E-UMNOSMS
    K 10
    MBONLINE
    Akhbar Hari Ini
    Kerajaan Tempatan

    Badan Berkanun Negeri
    Agensi Kerajaan Negeri
    Pejabat Daerah & Tanah
    Pautan
    Template by
    Free Blogger Templates